apa kesan bila kita selalu marah anak

Rakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak? Saya nyatakan, begini.

Kesan 1:

Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi.

Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya.

Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta;

Jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’)

Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut).

 

Kesan 2: 

Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia.

Dia akan jadi orang dewasa yang suka menjerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural memproses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus).

Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa. Jadi kerap bernafas laju dan resah tak selesa menjadi satu gaya personaliti dia sampai besar. Sukar nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti.

 

Kesan 3:

Kesan lain bila dia dah besar ke sekolah/peringkat emosi kedua iaitu remaja (peringkat emosi pertama ialah 2-4 tahun), mudah ‘react’ atau trigger walau benda kecil-kecil aja dengan tindakan adik beradik, kawan, pasangan, autoriti (guru dll);

Kalau kecil lagi, boleh lihat symptom sama ada dia mudah pukul kawan/adik (ada ‘anger’ dan sesuatu terpendam tak lepas di dalam hatinya):

Sebab ringkasnya bila dia dimarah kerap, dia juga ada rasa marah (emosi ni timbal balik aja sesama manusia),

Kalau dewasa tu gaya agresif mudah marah, bergaduh dan tinggalkan sahaja rumah / tempat kerja. Susahlah anda nanti guru kerap panggil sebab dia buat hal di sekolah, kan? Dan pasangan dan tempat kerjanya kelak. Gaya dia ni tidak selesaikan masalah pun, tapi tambah masalah lagi ada lah.

 

Kesan 4: 

Marah, lawannya tenang. Makna anak sukar nak tenang. Sukar ditenangkan. Degupan jantung laju sentiasa dan kalau thermometer tu ‘shoot’ terus tinggi sungguh. Dah biasa. Bayi cukup susu macam mana? Tenang aja, perut kenyang. Tetapi bayi tak cukup susu? Menangis terus sentiasa, kan?. Macam itulah, trigger otak primitif awal bayi ni. Kesian kat jantung dia asyik deras, dan jangka masa panjang kesan pada kesihatan mental dan fizikal dia (point no 5 bawah).

 

Kesan 5:  

Kesan jangka masa panjang, ialah anak sukar ‘handle’ apa-apa stres dalam kehidupannya kelak, mudah ‘react’, ada juga dewasanya emosi macam roller coaster kejap sedih sangat, kejap marah sangat, cepat takut sangat dan boleh sampai tahap boleh mempunyai masalah kesihatan mental (psychiatric)  dan fizikal***

Ramai saya perhatikan ada masalah dada sakit, degup kencang, cek doktor tak ada masalah jantung, rupanya ‘anxiety’ dan ‘panic attack’, dan emosi ketara nya ialah rasa ‘takut’ yang amat kuat di dada, berpunca dari sentiasa rasa tak tenang semasa kecil kerana ibu/ ayah kerap marah spontan tak terjangka.

Anak-anak ini membesar dengan rasa tak tenang dan ternanti-nanti bila bom akan meletup sebab mak ayahnya jenis tak boleh jangka reaksinya. Kerap marah-marah tinggi.

 

 Penerangan atas saya ni banyak untuk anak berusia 7 tahun ke atas. Jika usia bawah 6 tahun, terutama 2-4 tahun, masih di peringkat ‘emotional brain’ atau ‘mammalian brain’ dan tidak semestinya sebab dimarah pun anak masih boleh ‘trigger’ Reptilian Brain dia sebab dia masih peringkat otak emosi. Contoh anak eczema saya masih 3 tahun, bila di bawah sedar dia boleh marah marah dan ‘react’ sebab dia masih di peringkat otak emosi dan ‘struggle’ dengan proses penyembuhan sakitnya. Jadi SABAR adalah satu satunya cara untuk kendali anak peringkat usia ‘emotional’ brain ini.

 

JADI, TAK BOLEH MARAH ANAK LANGSUNG KE?

Boleh marah dengan anak, tapi gunalah kaedah lebih berhemah, dan mendidik, bukan dengan emosi amarah.

Kerapkali bila marah dengan emosi amarah, ia akan disusuli dengan kekerasan fizikal seperti pukul, cubit, tampar, rotan, tarik kasar dan sebagainya.

Ia mungkin sesekali terjadi, terlepas kawalan orang kata (kena minta maaf dengan anak dan solat sunat taubat). Tapi jika kerap sangat? Banyak kesan jangka masa panjang untuk kesihatan mentalnya dan bagaimanakah bentuk komuniti serta negara kita kelak.

Malah generasi kita kini yang rata-rata banyak masalah kesihatan mental adalah berpunca dari gaya ‘parenting’ yang tidak betul ***, dahulu. Yang lebih kepada ‘Nanny knows the best’. Turun temurun. Dengan kajian terkini, ada perkaitan dijumpai mengenai kesan gaya parenting dengan kesihatan mental dan fizikal orang dewasa. Malah bilangan pesakit psikiatrik sangat meningkat, dan ubatan sangat banyak perlu dikeluarkan.

Kata-kata pepatah seperti ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’, sudah tidak relevan lagi kini.

Satu sebab, tangan-tangankan tu pukul pukul selalu, memang ada kesan pada otak dan tingkahlaku anak.

Tinggal isteri pula rata-rata kini saya lihat isteri stres urus anak seorang diri, bila stres ditinggal kerap oleh suami, atau berjauhan (PJJ), kurang sumber sokongan (resource), ramai isteri ter pukul anak. Marah pada suami, jadi lepas marah dan pukul kepada anak. Sangat tak wajar, kan.

Fikir-fikirkan lah ……

***Buku ‘What Every Parent Needs to Know’ / ‘Science of Parenting’ oleh Margot Sunderland – berdasarkan lebih 2000 kajian berkaitan ini.

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *